Wednesday, 6 September 2017

Pizza Kubis Bunga



Resepi:



Pizza Crust:

1 biji Bawang merah dipotong dadu
1/2 ulas bawang putih dipotong halus
1/4 cawan parmesan
1 biji telur
1/2 kubis bunga

  1. Panaskan oven 200C
  2. Kubis bunga dikisar halus. Saya guna food processor.
  3. Kemudian masukkan ke dalam microwave selama 3 minit
  4. Biarkan sejuk sebelum tapis air menggunakan tuala dapur yang bersih
  5. Campurkan kubis bunga tersebut bersama bawang , keju parmesan dan 1 biji telur
  6. Bentukkan adunan kubis bunga seperti pizza crust dan bakar selama 15 minit


Sos tomato:

1 biji kecil bawang merah
1 biji cili merah
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan air
1/2 kuib ayam
1 sudu besar gula perang
Secubit garam

  1. Tumis bawang dan cili
  2. Masukkan air dan kiub ayam
  3. Masukkan tomato , gula dan garam dan biar sehingga kering

  1. Letakkan sos tomato tersebut di atas pizza crust bersama keju mozarella
  2. Bakar semula selama 10 minit




Tuesday, 5 September 2017

WAFFLE RANGUP

Assalamualaikum!! Lama sangat x update blog ni Ya Allah...

Harini kena update juga sebab takut hilang resepi. Sebab dulu dah pernah , nak update blog resepi keropok lekor tetapi malas.. bila cari semula resepi tu dah tak jumpa 😭😭😭😭😭 .  Resepi yang saya jumpa semua sama dan tak jadi. HAIH SEDIH BETUL

Kali ini saya nak share resepi waffle rangup yang best hahaha mama suka. Dah lama sebenarnya saya tak buat waffle sebab waffle maker *lihat my older post about waffle* tu rosak. kot. ke saya yang x reti guna. So , masa study week few weeks ago mama beli waffle maker baru , boleh pusing2 kata mama hahaha tapi tak sempat nak buat masa study week so lepas exam baru buka dari kotak.

First time guna waffle maker tu saya ikut resepi dalam manual book. But it turned out kurang sedap huhu. Then , i googled and found this recipe!! and decided to keep it here :)

This is the only pic for this post.. Tengah makan baru teringat untuk masukkan ke dalam blog but trust me waffle ni sedap k dont judge the picπŸ˜‡


Resepi:

3/4 cawan tepung biasa
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
Secubit garam
1 cawan butter milk ( 3/4 cawan susu + 1 sudu besar cuka + susu selebihnya sehingga cukup ukuran 1 cawan , biarkan selama 5 minit)
6 sudu besar minyak masak
1 biji telur asingkan kuning dan putih telur
1 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil vanilla 

Cara-cara

1. Pukul putih telur sehingga soft peak , masukkan gula dan pukul lagi sehingga berkilat 
2. Campur bahan kering yang lain dan masukkan bahan basah *yang sudah digaul bersama* kedalam bahan kering 
3. Masukkan putih telur ke dalam adunan dan kacau perlahan menggunakan spatula sehingga sebati
4. Masak di dalam waffle maker
5. Makan bersama jam!

Friday, 11 September 2015

Kek Keju Coklat Jepun


or.. also known as Japanese Chocolate Cheesecake. It's sooo easy to make!

Resepi:

3 biji telur, asingkan putih telur dan kuning telur
120g cip coklat
120g cream cheese
1 sudu kecil perahan lemon


1. Panaskan oven 170C.
2. Cairkan coklat dan cream cheese menggunakan teknik double boil sampai cair, tak perlu mendidih.
3. Gaulkan bersama kuning telur.
4. Di dalam bekas lain, pukul putih telur dan perahan lemon sehingga bertanduk (soft peak).


5. Campurkan kedua2 adunan tersebut.
6. Masak kek tersebut menggunakan teknik water bath selama 15 minit.
7. Kemudian, kurangkan suhu ke 160C selama 15 minit.
8. Selepas 15 minit,  turn off oven biarkan kek di dalam oven yang tertutup selama 15 minit.


and here's a gif of the cake in the oven




Sunday, 23 August 2015

Buah Melaka

Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog, ada juga kesempatan saya since dapat cuti hampir sebulan sebelum masuk year 2. Tapi result tak keluar lagiiiiaaacuaakk. Apa apa pun let's pray for the best, in everything. :)

Harini teringin pula buat buah melaka bila tengok banyak sgt gula melaka dalam almari.


Rupa-rupanya senang shj nak buat kuih ni , senang lagi nak makan kan?

Resepi: 

3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
5 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
Gula melaka yang dipotong kecil2


1 sudu besar air kapur (supaya kuih lebih kental, tips dari mama)
Kelapa parut putih + sedikit garam


1.Blend daun pandan dan air kemudian tapis.
2. Gaul tepung pulut dan tepung gandum bersama air pandan dan air kapur.


3. Didih air
4. Gentel doh bersama gula melaka dan masukkan kedalam air yang mendidih
5. Angkat kuih yang sudah masak apabila kuih2 tersebut sudah terapung


6.Tos dan salut kelapa parut
7. Makan dengan gembira





Tuesday, 19 May 2015

Cupcakes!



 Last Friday I made these cupcakes because I was craving for something sweet!


Recipe:

1/4 cup of unsalted butter, at room temperature
3/4 cup sugar
2 large eggs, at room temperature
1 and 1/4 cups of flour
1 tsp baking powder
 A pinch of salt
1/2 cup milk, at room temperature
1/2 Tbsp vanilla extract


1. Preheat the oven at 176C
2. Beat the butter and sugar until well combined and fluffy
3. Add egg
4. Mix flour, salt, baking powder in separate bowl.
5. Stir milk and vanilla extract in seperate cup.
6. Add flour mixture and milk into the sugar  mixture alternatively , start and end with flour. 
7. Spoon the batter about 2/3 of the cupcake cup.
8. Bake for 20 minutes. 


For the icing, I'm using a recipe from the cupcake book I bought. 

The White Bedroom

So this is my projek cuti term break ; mengecat bilik tidur saya.


Bukannya saya tak suka warna bilik saya sebelum ni since saya sendiri yang cat dan pilih warna tapi saya rasa saya perlu keluar dari kegelapan bilik ini and brighten up my life? Does the color of ones room affect his or her attitude? haha ntah la tapi kalau duduk dalam bilik, tutup pintu and langsir anda takkan tahu pagi ke tengah hari ke malam. And another thing is that saya rasa serabut pulak tengok corak bunga2 kat belah yang ada corak tu, baru2 ni. 


This took me about two days to paint the whole room. Bilik pon kecik je so senang lah nak cat these four walls. First, bawa keluar semua barang yg boleh dibawa keluar, cover the bed dan rak2 yang tak boleh dicabut , dengan surat khabar. Lantai sekali ya. 


Saya start dengan dinding ini dan sebelahnya dulu supaya saya boleh tolak katil ke bucu dinding ni dan cat dinding yang bercorak tu. 


Siap! Sekarang bilik saya mostly semuanya putih. Not really white. The paint that I use is Nippon Morning Dew. Warna dia tak putih sangat , gelap-gelap2 sikit haha. 


Before


After




Sunday, 29 March 2015

Kek Lobak

I thought next term break baru saya akan update blog ini, tapi saya balik rumah semalam dan berkesempatan untuk buat kek lobak , Carrot Cake. aaaa saya masih rindukan Mama dan Baba. :( Stay strong myself, belajar bersungguh-sungguh ya untuk balas jasa mereka.


Resepi boleh diambil di link pada gambar di atas

First time try buat kek guna food processor and it was easier than using mixer. And nak grate lobak pon senang hahaha, ada food processor dah lama tapi baru la nak guna. Selama ni guna untuk blend cili kering untuk kuah kacang hari raya ja...



This is how the cake turned out to be. Saya bahagikan kek kepada dua dan letak frosting + kacang almond di antara dua bahagian kek tersebut. For the frosting saya guna resepi ini. Sila klik gambar di bawah untuk resepi.


And I think I put a little too much sugar in the frosting. Makan banyak sikit je kek ni dah sakit kepala. So, berhati-hati ketika baking dan ingatlah orang yang tersayang.


Saya letak kacang almond sekeliling kek sebab terjumpa kacang kat dalam peti ais. :)

Thursday, 5 March 2015

Chocolate Waffle!

Kan haritu saya dah cakap saya nak cari resepi waffle baru.. Haa dah jumpa pun..

 (Sila Klik Gambar Untuk Resepi)


It's waaaayy better from the last waffle I made.

Tuesday, 3 March 2015

Amboi banyak pulak makanan harini.. thanks to pizza dough

Yeaa harini buat pizza setelah sekian lama teringin nak buat pizza sendiri. Ok, doh pizza ni saya guna resepi yang sama from previous post.



Topping:

Cream Cheese
Cheddar Cheese
Alfredo Mushroom Sauce jenama Prego. Kalau x suka rasa kuat cendawan tu, boleh guna yang biasa.
Ayam kisar yang dimasak sedikit dengan butter dan bawang besar
Bawang Besar
Bell Pepper
Mozzarella

Masak dalam suhu 240C dalam 8-10 minit


Lepas tu ada lebihan doh pizza, saya bulat2kan , biarkan selama 15 minit dan bakar di dalam oven.
Dah ada roti, saya teringin nak makan dengan kaya, jadi saya yang rajin ni masak pulak kaya.

Resepi:

1) 3 biji telur + 1 cawan gula (dikacau sebati)
2) 2 sudu besar tepung jagung yang dicampur air
3) 1 1/2 santan
4) 1 cawan air + 1 cawan gula (dihangus)

Campur kesemua 1,2,3,4 dan kacau dengan api sederhana. Jangan lupa letakkan daun pandan.


Saya tak letakkan pewarna so warna kaya ini agak pudar.


Friday, 27 February 2015

Waffle

Hari ahad haritu saya beli waffle maker kat lazada and hari isnin waffle maker tu dah sampai! Selalunya kalau saya nak beli barang kat lazada, saya tgk rating, and for this waffle maker, ada 10 org bagi more than 4 star. haha so tanpa berfikir panjang, saya pun tekan lah add to basket.



Sebaik sahaja waffle maker ni sampai saya terus buat waffle batter ikut resepi yang dia bagi.


The waffle turned out fluffy and thick. I'm impressed.


However the waffle was a little chewy and not crunchy. Mungkin kena biar lama sikit kot. Next time, saya nak try resepi dari internet lah. And I'll update about it later.


Monday, 23 February 2015

Kek Coklat

Saya ambil resepi kek coklat ni dari bermacam-macam laman web; for the cake itself, cream cheese and the chocolate ganache.
Ini list laman web yang saya guna: (sila klik gambar)

Cream Cheese Frosting:


*Saya tambah serpihan Oreo*

Kek:


Chocolate Ganache:


letakkan 1 sudu kecil serbuk kopi untuk rasa yang lebih pahit seperti dark chocolate

Sunday, 22 February 2015

Nasi Goreng Ayam Kunyit

Nasi goreng ni one of my favourite kat nlcs dulu-dulu. Dulu-dulu sebab sekarang nlcs dah tak best...
Saya pon belajarlah buat nasi goreng sendiri and nasi goreng ni langsung tak sama macam nlcs. hahaha. Lagi sedap.


Ayam Goreng Kunyit.

1. Potong dadu ayam bahagian dada dan campurkan dengan kunyit dan garam
2. Tumis bawang putih (1 ulas) dan bawang besar (1/8)
3. Masukkan ayam


Bahan-bahan Nasi Goreng

Bawang besar 1/4
Sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah, bell pepper, etc
Cili

1.Tumis bawang dan cili
2.Masukkan sayur dan sedikit kiub ayam


3. Masukkan nasi yang telah dicampur dengan garam dan tambah sedikit gula
4.Siap







Saturday, 21 February 2015

Black Pepper Steak

Nak buat black pepper steak ni, pastikan anda potong daging ikut arah yang betul okay.
So, saya dah beberapa kali try masak ni tapi still need improvement lah. Here's the last night black pepper steak that i've made.

Bahan2 marinade:

Daging lembu dipotong 3 ketul
Bawang putih 2 ulas
Halia 2cm
Lada hitam
Lada putih
Jintan

1. Tumbuk atau kisar semua bahan tersebut kecuali daging.
2. Biarkan setengah hari atau semalaman

Bahan2 kuah black pepper:

Bawang putih 2 ulas
1/4 bawang besar
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu besar sos tomato
Sos worcestershire 
Black pepper
Tepung jagung (dicampur dengan air sedikit supaya tidak berketul di dalam kuah)
1-2 cawan air
Garam
Gula


1. Cairkan butter
2. Masukkan bawang dan tumis
3. Masukkan sos tomato , *kalau terlebih kuah akan rasa sedikit masam*, dan sos woscestershire
4. Black pepper secukup rasa
5. Air dan seterusnya tepung jagung
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa


Seterusnya, grill daging atas api sederhana, 2 minutes for each side. Ikut ketebalan steak tu jugak. Steak saya hanya la setebal 1.2 cm sahaja. Lagi tebal lagi lama tapi jangan lama sangat nanti keras daging. Sila rujuk laman web yang boleh dipercayai untuk tahu lebih lanjut tentang durasi masakan steak ni. Saya guna Pembakar Ikan Ajaib untuk grill steak ini.