Saturday, 21 February 2015

Black Pepper Steak

Nak buat black pepper steak ni, pastikan anda potong daging ikut arah yang betul okay.
So, saya dah beberapa kali try masak ni tapi still need improvement lah. Here's the last night black pepper steak that i've made.

Bahan2 marinade:

Daging lembu dipotong 3 ketul
Bawang putih 2 ulas
Halia 2cm
Lada hitam
Lada putih
Jintan

1. Tumbuk atau kisar semua bahan tersebut kecuali daging.
2. Biarkan setengah hari atau semalaman

Bahan2 kuah black pepper:

Bawang putih 2 ulas
1/4 bawang besar
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu besar sos tomato
Sos worcestershire 
Black pepper
Tepung jagung (dicampur dengan air sedikit supaya tidak berketul di dalam kuah)
1-2 cawan air
Garam
Gula


1. Cairkan butter
2. Masukkan bawang dan tumis
3. Masukkan sos tomato , *kalau terlebih kuah akan rasa sedikit masam*, dan sos woscestershire
4. Black pepper secukup rasa
5. Air dan seterusnya tepung jagung
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa


Seterusnya, grill daging atas api sederhana, 2 minutes for each side. Ikut ketebalan steak tu jugak. Steak saya hanya la setebal 1.2 cm sahaja. Lagi tebal lagi lama tapi jangan lama sangat nanti keras daging. Sila rujuk laman web yang boleh dipercayai untuk tahu lebih lanjut tentang durasi masakan steak ni. Saya guna Pembakar Ikan Ajaib untuk grill steak ini.